Kebudayaan Dan Perpaduan di Malaysia

Saturday, May 7, 2022

E-FOLIO KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

PENSYARAH : ͕PN. NURULHUDA BINTI MUHAMMAD

KELAS DPM1B

 MPU 21032 21/22

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN.




AHLI KUMPULAN.


1. MUHAMMAD ZAINEY AZIQ BIN ZAINUDDIN.  (04DPM21F2075)
2. MOHAMAD ZULKARNAIN BIN MOHD ZAKI.    (04DPM21F2076)
3. MUHAMMAD ALIF HAIQAL BIN RUSLI.            (04DPM21F2099)
4. MUHAMMAD FARIZUL AMMAR BIN RUSDI.    (04DPM21F2103)









PENGENALAN.

Kebudayaan adalah Malaysia ada sebuah negara yang berbilang kaum yang hidup dalam suasana aman dan harmoni. Di Malaysia juga kita ade tiga kaum utama yang terdiri daripada Melayu, Cina, India. Melayu adalah kaum yang paling terbesar diantara kaum-kaum yang lain di Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal dibandar-bandar besar dipantai barat semenanjung. Kebanyakan cina beragama buddha, taoisme, dan kristian, berbahasa mandarin, hokkien, hakka, dan kantonis dan lebih spesifik dalam bidang ekonomi. Okay ni untuk kaum India pula, kaum india membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama hindu, bertutur dalam tamil, malayalam, dan hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain.



KEPELBAGAIAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA MUZIK.

Di Malaysia terdapat beberapa jenis muzik mengikut tradisi setiap kaum. Antaranya ialah muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya cina, islam, india. Kebanyakan alat muzik orang melayu terdiri daripada gendang, seruling, kompang, rebana, gambus dan lain-lain lagi. Alat muzik cina pula terdiri daripada ching dan chap, erhu, liu qin, dan pipa. Selain itu, alat muzik india pula ialah dholak, manjira, sitar, tabla dan tambura. Kebanyakan negara India mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian.Seterusnya ada juga wayang kulit dan silat serta barangan kraf seperti batik sulaman yang tersohor di Malaysia.


    


PEMAKAIAN.

Di Malaysia , pemakaian bagi kaum Melayu ialah baju kurung dan baju melayu. Baju melayu merupakan pakaian bagi lelaki iaitu baju kemeja yang longgar yang dipakaikan dengan seluar yang panjang .Baju kurung pula merupakan pakaian bagi perempuan iaitu baju longgar yang labuh sampai ke paras lutut dengan kain panjang berlipat tepi..Bagi pakaian untuk kaum Cina pula ialah cheongsam bagi perempuan dan samfu bagi lelaki . Cheongsam mempunyai leher yang tinggi  dan mempunyai butang di bahu dan dada serta mempunyai belahan di kiri dan kanan kain. Samfu pula merupakan pakaian tradisonal cina bagi kaum lelaki iaitu mempunyai baju dan seluar dengan kain yang nipis. Selain itu, pakaian bagi kaum India pula ialah sari yang dipakai oleh perempuan dan kurta yang dipakai oleh lelaki.Sari ialah sebidang kain dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan akan kain sari tersebut yang dililit di badan .Kurta pula ialah kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain linen.



                  


MASAKAN.

Masakan Malaysia mencerminkan solekan pelbagai etnik penduduknya, dan ditakrifkan oleh kepelbagaiannya. Kebanyakan budaya dari Malaysia dan kawasan sekitarnya telah banyak mempengaruhi masakan Malaysia dengan pengaruh yang kuat dari masakan Melayu,Cina,India,. Antara contoh masakan malaysia dari segi masakan melayu ialah lemang,ketupat,rendang,dodol,wajik,satay dan lain-lain.Selain itu, masakan dari segi kaum cina pula ialah dumpling,tang yuan,chee cheong fun. Contoh masakan dari kaum india pula muruku,tosai,idli,ulundu vadai, dan banyak lagi masakan tradisi mereka yang menarik. Banyak lagi masakan tradisi kaum melayu,cina dan india yang menarik dan yang boleh kita cuba.



                                            LEMANG,KETUPAT,RENDANG( KAUM MELAYU )


                                                   

                                                         DUMPLINGS ( KAUM CINA )


                                                            TOSAI ( KAUM INDIA )




Permainan

Setiap kaum di Malaysia mempunyai permainan tradisi masing masing. Bagi kaum melayu ialah Congkak,Wau, Gasing, Batu seremban. Selain itu, bagi kaum cina pula ialah yo-yo cina dan go, xianggi ( catur cina ). Permainan bagi kaum India pula ialah chaturanga dan kabaddi.


                                                                        CONGKAK


                                                                          XIANGQI


KEPENTINGAN KEBUDAYAAN

1. Memupuk perpaduan antara kaum. 

Rakyat majmuk  kita kaya dengan nilai tradisional yang murni dengan cara kunjung-mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari perayaan. Dengan ini, ia dapat mengenal lebih dekat adat tradisi setiap kaum.

2.  Menarik minat pelancong luar. 

Dengan cara mempertontonkan adat-adat tradisi setiap kaum.Selain itu,  salah satu tarikan pelancong ialah keunikan budaya tradisional kita. Contohnya , mengadakan persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti kuda kepang dan gawai. Dengan cara ini, ramai pelancong yang akan tertarik untuk mengunjungi Malaysia.

3. Melambangkan identiti sebuah negara

Contohnya , amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya keunikan pakaian tradisional pelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian yang berwarna- warni .


PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA

Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum, agama dan budaya yang mempunyai ciri-ciri tersendiri dan berlainan. Oleh yang demikian tunggak utama negara ialah ke arah mewujudkan perpaduan antara kaum yang berlainan agama dan budaya untuk memastikan perpaduan berterusan. Negara juga berusaha untuk mewujudkan satu identiti nasional yang dapat menjadi tunggak kepada perpaduan negara bagi menjamin keselamatan negara. Negara kucar kacir sekiranya wujud pertelingkahan kaum. Dengan yang demikian, sesiapa sahaja yang cuba untuk menggugat perpaduan kaum tanpa mengira kumpulan organisasi atau individu adalah dianggap sebagai musuh negara. Malaysia sentiasa berusaha dan memberi tumpuan utama dalam menegakkan perpaduan antara kaum. Usaha ini ditumpukan dalam semua bidang sama ada sosial, ekonomi atau politik yang dijalankan dengan penuh semangat toleransi dan saling memahami hasrat semua golongan rakyat.





 


Maksud perpaduan kaum ialah semua kaum di dakam sebuah negara saling bekerjasama atau erti kata lain berganding bahu untuk membentuk negara makmur dan damai. Sesebuah negara maju tidak akan wujud tanpa perpaduan dari semua kaum. Contohnya negara jepun mempunyai perpaduan 100% menyebabkan negara itu membangun dengan megahnya.







KESIMPULAN

Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten.



RUJUKAN
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Malaysia  
2. http://janecheahblogger.blogspot.com/p/alat-alat-muzik-tradisional.html
3. http://rafidah-maribelajar.blogspot.com/2011/12/alat-alat-muzik-masyarakat-cina.html
4. http://rafidah-maribelajar.blogspot.com/2011/12/alat-alat-muzik-masyarakat-india.html  


Comments